DIMANAKAH IANYA TERLETAK?
SK. KAMPUNG KEBUAW terletak dalam
PEDALAMAN DAERAH DALAT, SARAWAK. SK. Kpg Kebuaw ditadbir dibawah Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) Dalat. Perjalanan ke sekolah ini memerlukan beberapa
persinggahan, bermula daripada PPD Dalat dimana ianya terletak di Pekan Dalat.
Daripada PPD Dalat(Pekan Dalat), akan mengambil masa dalam lingkungan 10-15 min
perjalanan menggunakan kereta/van/dll. ke Kampung Sungai Kut, Dalat. Jalan
menuju ke Kampung Sungai Kut agak teruk dimana jalan tarnya beralun mungkin
disebabkan faktor muka bumi & selalu dilalui oleh lori-lori besar.
Sesampai ke KAMPUNG SUNGAI KUT,
terdapat dua jeti iaitu i) jeti simen utk kapal besar ii) jeti khas untuk
bot/sampan. Untuk pergi ke SK. Kpg Kebuaw, kita PERLU MENAIKI BOT/SAMPAN dan
mengambil masa 15-20 MIN. (tiada jalan darat) Tambang bot/sampan ke sekolah
biasanya berjumlah RM10. Dan akhir sekali, sampailah ke SK. KAMPUNG KEBUAW.
REVIEW KPG KEBUAW
SK. KPG KEBUAW terletak di tepi
Sungai Igan. Hanya terdapat sekolah di tepi sungai ini dan berjirankan 2 buah
rumah penduduk Kpg Kebuaw. Rumah penduduk Kpg Kebuaw yang lain ‘berhamburan’
sepanjang Sungai Igan. So, secara amnya, budak2 Kpg Kebuaw akan menggunakan
bot/sampan untuk ke sekolah setiap hari. Diulangi, SETIAP HARI. Budak-budak
akan berpakaian lengkap dan mengenakan JAKET KESELAMATAN untuk pergi ke
sekolah. Rata-rata, penduduk di sini BERBANGSA MELANAU & IBAN dan beragama
Kristian.
REVIEW SK. KPG KEBUAW
Bangunan SK. Kpg Kebuaw DIPERBUAT
DARIPADA KAYU dan jalan di dalam sekolah juga diperbuat daripada kayu. Untuk
maklumat, guru-guru/staff yang bertugas di sekolah ini akan menerima ELAUN P1.
Untuk rekod tahun 2015, terdapat 13 ORANG GURU (6 lelaki, 7 perempuan), staff
sekolah ada 3 (semua perempuan). SK. Kpg Kebuaw merupakan SEKOLAH KURANG MURID (SKM). Untuk rekod 2015 hanya TERDAPAT 69 ORANG
MURID (Prasekolah: 17, THN1: 11, THN2: 6, THN3: 8, THN4: 6, THN5: 13, THN6: 8).
Daripada 69 orang murid, hanya terdapat 6 ORANG MURID MUSLIM (2 dari
prasekolah, 4 lagi dari kelas perdana).
Dari segi
kemudahan sekolah, bekalan ELEKTRIK 24 JAM, menggunakan 2 SUMBER AIR (air bawah
tanah & air hujan), WIRELESS SEKOLAH ada dan berfungsi (ada masa line
bagus/ x berapa bagus/ wireless ditutup pada sebelah malam), & LINE TELEFON
seeloknya menggunakan pelan CELCOM. Dari segi bangunan sekolah, terdapat
pejabat am, bilik guru, bilik darjah, bangunan prasekolah, bilik rmt, stor
sukan, kuarters guru, anjung ilmu, teratak ilmu, pondok pengawal, gelanggang
sepak takraw dan padang sekolah. Padang sekolah di sini sentiasa basah
disebabkan apabila AIR PASANG pada setiap hari, air akan naik dan membasahi
padang.
|
Kenderaan utama di Kpg Kebuaw |
|
Jeti SK. Kpg Kebuaw |
|
Pintu/ pagar masuk ke sekolah |
|
Logo sekolah Sk. Kpg Kebuaw |
|
Visi & misi sekolah |
|
Balai raya Kpg Kebuaw |
|
Pondok pengawal sekolah |
|
Gelanggang sepak takraw sekolah |
|
Teratak ilmu |
|
Teratak ilmu |
|
Teratak ilmu |
|
Anjung ilmu |
|
Taman Hijau |
|
Kuarters guru 1 |
|
Pemandangan dari Anjung ilmu |
|
Prasekolah Sk. Kpg Kebuaw |
|
Pemandangan dari pagar sekolah |
|
Pemandangan ke arah pagar sekolah dari bawah susur gajah |
|
Bangunan utama sekolah |
|
Bangunan kelas thn 5 & 6 |
|
Keadaan dalam kelas thn 5 (11 org murid) |
|
Jaket keselamatan murid digantung di luar kelas |
|
Bilik guru |
|
Keadaan kelas thn 4 (6 org murid) |
|
Bangunan di hadapan padang (stor sukan dll) |
|
Pemandangan dari kuaters guru 2 (bilik sumber elektrik berwarna putih) |
|
Padang sekolah |
|
Kuarters guru 2, sblh kiri guru perempuan, sblh kanan guru lelaki (setiap rumah ada 3 bilik) |
|
Kuarters guru 2 (pemandangan dari bangunan utama sklh) Kuarters guru 2 merupakan bangunan yg terltak paling hujung kawasan sekolah. |
Berkongsi maklumat buat tatapan pembaca. #apeacecgek
No comments:
Post a Comment