Nukilan yang lalu,
Tidak kupadam mahupun diubah,
Walau kutahu,
Ada yang "kurang" perlu diubah.
Kami (2015) Cg Maryam-Kak Rogayah-Cg Juliza-Cg Ili-Ustajah Norlihasyikin-Cg Monalisna-Kak Norfaridah-Kak Norhayati-Cg Suhaila Cg AHM-Cg Helmi-Cg Fauzi-Cg Nur Rehan-Cg Maxwell-Cg Zackwan-Cg Amir |
ALAMAT SEKOLAH
SK. KAMPUNG KEBUAW, D/A. PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH DALAT, 96300 DALAT, SARAWAK.
KOD SEKOLAH: YBA3202
EMAIL: sk_kebuaw@yahoo.com
KOD SEKOLAH: YBA3202
EMAIL: sk_kebuaw@yahoo.com
NO TEL: tiada
NO FAX: tiada
LOKASI
Pedalaman Daerah Dalat, Sarawak (diiktiraf sebagai Pedalaman 1(P1), penjawat awam yg bertugas akan menerima Elaun Khas Lokasi & Tahap Kesusahan)
Ditepi sungai Batang Igan, Sarawak
Dibawah naungan N.44 DUN Jemoreng
KAMPUNG KEBUAW
Di tepi sungai Batang Igan, Sarawak
Didiami penduduk berbangsa Melanau
Penduduk beragama Kristian & Islam (majoriti
beragama Kristian)
Terdapat beberapa buah rumah penduduk kampung
yang berjiran dengan SK Kampung Kebuaw
Rumah-rumah penduduk yang lain terletak di
sepanjang/tepian Sungai Batang Igan
Terdapat sebuah Balai Raya Kampung Kebuaw
terletak di sebelah SK Kampung Kebuaw
Bekalan elektrik mula dibekalkan pada penghujung
tahun 2015 (sebelumnya menggunakan jenerator elektrik)
Bekalan air bersih belum dibekalkan (masih
menggunakan tadahan air hujan & air sungai)
GAYA HIDUP
Bekerja sendiri (*dan lain-lain)
Menebang pokok rumbia (pokok sagu)
Nelayan
Petani
Agama
Majoriti: Kristian
Minoriti: Islam
Bangsa
Melanau (Etnik Bumiputra Sarawak)
KENDERAAN UTAMA
Kenderaan air: Bot Perahu Berenjin
*Kampung Kebuaw hanya dapat dihubungkan melalui
jalan air
PERJALANAN KE KAMPUNG KEBUAW
Menggunakan bot ekpress daripada Bandar Sibu dan
akan mengambil masa selama +/-3 jam untuk sampai ke Kampung Kebuaw (Tambang bot
ekpress Sibu-Igan: RM25.00 –tambang tahun semasa:2016-)
Menggunakan bot perahu berenjin daripada Kampung
Sungai Kut(Dalat) dan akan mengambil masa selama 15-20 minit untuk sampai ke Kampung
Kebuaw (Tambang bot perahu berenjin Kampung Sungai Kut-Kampung Kebuaw:
RM10-RM15-RM20)
Menggunakan bot ekpress daripada Kampung
Igan-Sibu (akan mengambil masa +/- 30 minit, bot express akan lalu Kampung
Kebuaw) (Tambang bot ekpress Igan-Sibu: RM10 –tambang tahun semasa:2016-)
Menggunakan bot perahu berenjin daripada Kampung
Igan dan akan mengambil masa selama +/-45 minit untuk sampai ke Kampung Kebuaw
(Tambang bot perahu berenjin: RM20-RM25-RM30)
Mengggunakan bot perahu berenjin daripada Pekan
Dalat
*dalam perjalanan ke Kampung Kebuaw, jika
berkesempatan akan terserempak golongan “Bujang Senang” berjemur di tepian sungai
JIRAN JAUH KAMPUNG KEBUAW
Kampung Sungai Ilas (Ke sebelah hilir Kampung
Kebuaw) (ada sekolah)
Kampung Igan (Ke sebelah hilir Kampung Kebuaw) (ada sekolah)
Kampung Kebuaw letaknya di tengah-tengah (Lebih
kurang)
Kampung Sungai Kut (Ke sebelah hulu Kampung
Kebuaw) (ada sekolah)
SK KAMPUNG KEBUAW
Bangunan sekolah dibina daripada kayu
Titian kayu menghubungkan bangunan-bangunan
sekolah
Tiada asrama,murid-murid akan menaiki bot (setiap hari) keluarga masing-masing untuk pergi ke sekolah
Terdapat beberapa(sebilangan kecil; 5 orang murid) orang murid yang tinggal(yang berumah) disebelah kawasan sekolah masih boleh berjalan kaki untuk ke sekolah
ENROLMEN 2016
14 orang guru (5 guru lelaki, 9 guru perempuan)
o
Guru Besar (En. Mohd Fauzi)
o
PK Pentadbiran (En. Maxwell)
o
PK HEM (Puan Nur Rehan)
o
PK KO (En. AHM)
o
Guru Prasekolah (Puan Monalisna)
o
Puan Nur Suhaila
o
Cik Juliza
o
Cik Maryam
o
Puan Ili Nur Nadiah
o
En. Zackwan Hazeq
o
En. Ahmad Amir Najmi
o
Ustazah Norlihasyikin
o
Cik Nur Baiti
o
Cik Cynthia
Staf sekolah
o
Kak Norhayati (Pembantu Tadbir)
o
Kak Rogayah (Pembantu Tadbir)
o
Kak Nor Faridah (Pembantu Pengurusan Murid/PPM)
Pekerja Pembersihan Swasta
o
En. Ahmad
o
Puan ____
ENROLMEN MURID 2016
Prasekolah (13 orang murid:6 lelaki 7 perempuan)
Tahun 1 (12 orang murid:6 lelaki 6 perempuan)
Tahun 2 (10 orang murid:6 lelaki 4 perempuan)
Tahun 3 (6 orang murid: 3 lelaki 3 perempuan)
Tahun 4 (8 orang murid: 5 lelaki 3 perempuan)
Tahun 5 (6 orang murid: 2 lelaki 4 perempuan)
Tahun 6 (13 orang murid: 6 lelaki 7 perempuan)
JUMLAH BESAR: 68 orang murid (34 murid lelaki & 34 murid perempuan)
Murid Islam: 6 Orang Murid (3 daripada tahun 5, 3 daripada prasekolah)
selebihnya murid beragama Kristian
PERSEKITARAN SK KAMPUNG KEBUAW
1 Pejabat Guru Besar & berkongsi dengan
Pejabat Am
1 bilik guru
1 bilik pemulihan
6 bilik kelas (Darjah 1-6)
1 bangunan prasekolah
1 perpustakaan
1 bilik RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
1 bangunan kecil tandas murid (murid lelaki
& perempuan)
1 bangunan kecil bilik Kesihatan & Stor
Kebersihan
1 bangunan stor Am
2 bangunan kecil (pondok) jaket keselamatan
1 bangunan Astaka Sekolah
o
1 bilik galeri sekolah
o
1 bilik stor kemahiran hidup
o
1 bilik stor alatan Pendidikan Jasmani
Padang sekolah
Gelanggang sepak takraw
3 bangunan kuarters guru
o
Bangunan kuarters Guru Besar & PK (3 bilik)
o
Bangunan kuarters kecil (Kuarters Bunga Raya
& Kuarters Bunga Kemboja)
o
Bangunan kuarters ‘standard’ (Kuaters Bunga
Melur & Kuarters Bunga Mawar)
1 bangunan enjin generator
2 bangunan kecil stor jaket
1 bangunan kecil stor khemah & kerusi plastik
4 pondok nipah (Teratak Ilmu: usaha PIBG
sekolah)
1 anjung ilmu (ruang menunggu murid-murid & info
sekolah: Pentadbiran, HEM, Ko-Kurikulum, Keselamatan, Kebersihan, Kesihatan,
Bimbingan Kaunseling & Guru Penyayang, PIBG)
1 Botani Mini (usaha PIBG, dibina semula 2016)
1 pondok pengawal
1 jeti sekolah
KEMUDAHAN SEKOLAH
Bekalan Elektrik (Penjana Kuasa Jenerator @
Generator Set)
Bekalan Air (Air hujan, air bawah tanah &
air sungai)
Wireless Sekolah (ada & berfungsi: mengikut
keadaan)
Line Telefon (ada & ‘mobile data’ akan
tangkap line ‘E’/ ‘G’ dalam kawasan sekolah, lebih ‘ok’ di jeti sekolah, boleh
tangkap line H+/3G)
FAKTA MENARIK SK. KAMPUNG KEBUAW
Dibawah pemantauan(kawasan jagaan) POLIS
MATU-DARO (KESELAMATAN)
Bernaung dibawah PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
DALAT (PENDIDIKAN)
Dibantu pihak Klinik Kesihatan KAMPUNG IGAN
(KESIHATAN)
Kawasannya dibawah tampuk N.44 DUN JEMORENG
(Jemoreng: Sebuah penempatan yang terletak dalam kawasan Matu-Daro)
Pekan Dalat merupakan pekan terdekat
Bandar Mukah bandar yang terdekat
Bandar Sibu bandar yang akan dikunjungi untuk membeli-belah (khususnya utk persiapan perayaan)
Nama-nama murid yang unik
Menggunakan 'Bin/Binti' pada nama (tidak kira beragama Islam/Kristian)
Peta SK Kampung Kebuaw 2016 |
Pontun Baru |
Jeti Sekolah |
Visi & Misi sekolah |
Pondok pengawal |
Pemandangan selepas masuk pintu pagar |
Gelanggang Sepak Takraw (dalam peta: Gelanggang Serbaguna) |
Teratak Ilmu (pondok2 kecil yang mewakili sudut matapelajaran teras, yang menggunakan konsep tradisional) |
Anjung Ilmu |
Botani Mini |
Kuarters Guru 1 |
Bilik Matematik |
Bangunan Prasekolah |
Kuarters Guru 2 & 3 |
Pusat Sumber |
Bangunan Kelas Tahun 1 & Tahun 6 |
Bangunan RMT |
Keadaan dalam bilik RMT (berkonsepkan meja makan Jepun) |
Bilik Sakit |
Blok Pentadbiran (Kelas Tahun 2, Kelas Tahun 5, Bilik Pemulihan, Bilik Guru, Pejabat Am & Bilik Guru Besar, Kelas Tahun 4, Kelas Tahun 3) |
Stor Am (dibelakang tong hujan) |
Tong air (mengepam & menapis air bawah tanah) |
Padang Sekolah (Pemandangan dari depan Stor Am) |
Kuarters Guru 4 & 5 (Kuarters Standard) - gambar diambil ketika air pasang |
Keadaan di Jeti Sekolah sewaktu pulang tengahari |
Wifi Sekolah SK_KEBUAW |
13 orang murid- Kelas Tahun 6 2016 (Guru Kelas: Cg Amir, PGK: AHM) |
Pemandangan matahari terbenam Kampung Kebuaw |
Blog kuconteng berkongsi maklumat.