Tahun : 4
Bidang : Mengenal Kraft Traditisional
Aktiviti :
Ukiran Sabun
Tema : Objek Buatan Manusia
Tajuk : Pewangi Kereta
Masa :
60 minit
Media
:
Alat
:
Pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain yang sesuai
Bahan : Sabun buku
dan bahan lain yang sesuai
BBM :
Contoh ukiran sabun
ABM :
papan putih
EMK :
Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
Pengetahuaan : 1.
Murid-murid telah/pernah melihat contoh ukiran kayu yang terdapat pada perabot di
rumah mereka.
Strategi
pengajaran : 1. Teknik soal jawab 2.
Teknik tunjuk cara
STANDARD
PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan
bahasa seni visual yang ada pada
ukiran.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
4.1.1.2 Jalinan - sentuh
4.1.1.3 Bentuk - konkrit
4.1.2 Prinsip Rekaan
4.1.2.1 Kesatuan - motif
4.1.2.2 Imbangan - simetri atau tidak simetri
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan ukiran.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis
media
4.2.1.1 Alat - pensel, pembaris,
pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain yang sesuai
4.2.1.2 Bahan - sabun buku dan
bahan lain yang sesuai
4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta
proses dan teknik dalam penghasilan karya.
4.2.2.1 Teknik - ukiran timbul
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni
visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan ukiran secara kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan
karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam
penghasilan ukiran.
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada
aspek bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni ukiran tradisional
tempatan
4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan
secara lisan
Langkah
/ Masa
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
|
GURU
|
MURID
|
|
Set
Induksi
(5
minit)
|
1.
Guru menyediakan sekeping gambar.
(gambar seorang budak sedang
mandi)
2.
Guru menanyakan apa yang sedang budak itu buat.
(Apa budak itu sedang buat?
Dia mandi menggunakan apa?)
3.
Guru mengaitkan perbincangan tersebut dengan isi pengajaran pada hari ini.
|
1.
Murid mendengar dan memberi perhatian kepada soalan yang dikemukan dan
memberi respon ketika sesi soal jawab diadakan.
2.
Murid memberi jawapan yang berkaitan dengan gambar.
|
|
||
Persepsi Estetik
Langkah
1
(10
minit)
|
1.
Guru menunjukkan contoh ukiran.
2.
Guru menyatakan definisi ukiran.
3.
Guru meminta murid mengenal pasti dan menyatakan bahasa seni visual yang ada
pada contoh ukiran.
|
1.
Murid memberi perhatian kepada guru.
2.
Murid menjelaskan contoh ukiran tersebut dengan bahasa seni visual.
3.
Murid memerhatikan garisan, jalinan dan bentuk yang terdapat pada ukiran
sabun.
|
Langkah
/ Masa
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
|
GURU
|
|
|
Aplikasi
Seni
Langkah
2
(10
minit)
|
1.
Guru memperkenalkan media (alat dan bahan) yang digunakan untuk menghasilkan ukiran.
2.
Guru menunjukkan cara menghasilan ukiran timbul.
3.
Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan ukiran.
|
1.
Murid memberi perhatian kepada apa yang guru buat.
2.
Murid dikehendaki mengambil nota ringkas terhadap cara-cara penghasilan ukiran.
3.
Murid meneroka media yang digunakan untuk menghasilkan ukiran sabun.
|
Langkah
/ Masa
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
|
GURU
|
MURID
|
|
Ekspresi Kreatif
Langkah
3
(25
minit)
|
1.
Guru mengagihkan media yang telah disediakan kepada murid.
2.
Guru membimbing murid dalam penghasilan lukisan corak mengikut kreativiti
masing-masing.
|
1.
Murid membuat lakaran pada sabun dengan bimbingan guru.
2.
Murid memanipulasikan bahan secara kreatif.
3.
Murid menghasilkan ukiran mengikut kreativiti masing-masing.
|
Langkah
/ Masa
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
|
GURU
|
MURID
|
|
Apresiasi
Seni
(5
minit)
|
1.
Guru memberi arahan kepada murid untuk mempamerkan dan menunjukan ukiran
sabun yang dihasilkan pada tempat masing-masing.
2. Guru meminta beberapa sukarelawan untuk menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan ukiran sabun.
3.
Guru memberi bimbingan sepanjang proses apresiasi seni.
|
1.
Setiap murid mempamerkan dan menunjukkan ukiran sabun yang dihasilkan pada
tempat masing-masing.
2.
Murid menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
|
Langkah
/ Masa
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
|
GURU
|
MURID
|
|
Penutup
(5
minit)
|
1.
Guru memuji dan memberi galakkan kepada semua murid.
2.
Guru menyuruh murid untuk mengemas dan mengekalkan kebersihan kelas.
|
1.
Murid menjalankan tugas mengikut arahan guru.
|
Sharing.
No comments:
Post a Comment