Tuesday, April 29, 2014

Boneka Kucing

I did "Boneka Kucing" with my pupils for my finale observation.
(Minor subject: PSV; Practicum Phase 3).
Here are the steps in creating the "Boneka Kucing".
I guess the "boneka" is almost the same with others, but I add a piece of idea into it
& make it look like a present. :)

1. Sediakan alat dan bahan.
alat: gunting & gam
bahan: span, gelang getah, botol minuman, riben, kain, kertas warna & bahan lain yg sesuai

2. Gunting & tampal gambar boneka muka kucing. (cikgu sediakan untuk murid2)

3. Gunakan gelang getah dan ikat di span untuk membentuk badan kucing. (2 telinga, 2 kaki dan leher boneka)

4. Ikatkan riben(ikatan riben biasa) di leher boneka kucing. (mcm doraemon, haha)

5. Tampalkan muka boneka kucing(yang disediakan pada langkah 2) menggunakan gam. 

6. Dan siap... hehe

7. Bekas boneka,menggunakan botol.
a. Tampal kertas warna pada botol. (tulisan nama murid, nama boneka kucing)
b. Tekapkan kain pada bahagian bawah botol.
c. Letakkan gelang getah disekeliling kain pada badan botol. (untuk mengikat kain pada botol)
d. Ikatkan riben pada bahagian gelang getah tadi. (untuk menutup gelang getah dan mencantikkan bekas)
e. Siap..... (Bekas untuk boneka kucing)

Hasil kerja murid. 

Oh yeah... (Karya guru + murid)

Karya guru + murid.

Apresiasi Seni: Tutup sesi P&P dengan menyanyikan lagu "Boneka Kucing".
Lagu diadaptasi oleh Cikgu AHM, ikut melodi "Potong Bebek Angsa"

Berkongsi ilmu.
Selamat mencuba.

Monday, April 28, 2014

Ukiran Sabun



Tahun    : 4
Bidang   : Mengenal Kraft Traditisional
Aktiviti    : Ukiran Sabun
Tema      : Objek Buatan Manusia
Tajuk      : Pewangi Kereta
Masa       : 60 minit
Media      :
Alat          : Pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain yang sesuai
Bahan     : Sabun buku dan bahan lain yang sesuai

BBM        : Contoh ukiran sabun
ABM        : papan putih
EMK         : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
Pengetahuaan : 1. Murid-murid telah/pernah melihat contoh ukiran kayu yang terdapat pada                perabot di rumah mereka.
Strategi pengajaran   : 1.  Teknik soal jawab   2.    Teknik tunjuk cara

STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik             Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan                                                 bahasa seni visual yang ada pada ukiran.
            4.1.1 Unsur seni
                        4.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis
                        4.1.1.2 Jalinan - sentuh
                        4.1.1.3 Bentuk - konkrit
            4.1.2 Prinsip Rekaan
                        4.1.2.1 Kesatuan - motif
                        4.1.2.2 Imbangan - simetri atau tidak simetri
4.2 Aplikasi Seni                  Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni                                                visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan                                                                ukiran.
                        4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                                    4.2.1.1 Alat - pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil                                             gigi dan alatan lain yang sesuai
                                    4.2.1.2 Bahan - sabun buku dan bahan lain yang sesuai
                        4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam                                                       penghasilan karya.
                                    4.2.2.1 Teknik - ukiran timbul
4.3 Ekspresi Kreatif              Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan                                                 kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan                                                                   teknik dalam penghasilan ukiran secara kreatif.
            4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
            4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
            4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan                                              ukiran.
4.4 Apresiasi Seni               Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri                                               dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni                                                               visual.
            4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
            4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni ukiran tradisional tempatan
            4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU
MURID
Set Induksi

(5 minit)
1. Guru menyediakan sekeping gambar.
(gambar seorang budak sedang mandi)
2. Guru menanyakan apa yang sedang budak itu buat.
(Apa budak itu sedang buat?
Dia mandi menggunakan apa?)
3. Guru mengaitkan perbincangan tersebut dengan isi pengajaran pada hari ini.

1. Murid mendengar dan memberi perhatian kepada soalan yang dikemukan dan memberi respon ketika sesi soal jawab diadakan.
2. Murid memberi jawapan yang berkaitan dengan gambar.

Persepsi Estetik

Langkah 1
(10 minit)
1. Guru menunjukkan contoh ukiran.
2. Guru menyatakan definisi ukiran.
3. Guru meminta murid mengenal pasti dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada contoh ukiran.
1. Murid memberi perhatian kepada guru.
2. Murid menjelaskan contoh ukiran tersebut dengan bahasa seni visual.
3. Murid memerhatikan garisan, jalinan dan bentuk yang terdapat pada ukiran sabun.

Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU

Aplikasi 
Seni

Langkah 2
(10 minit)
1. Guru memperkenalkan media (alat dan bahan) yang digunakan untuk menghasilkan ukiran.
2. Guru menunjukkan cara menghasilan ukiran timbul.
3. Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan ukiran.

1. Murid memberi perhatian kepada apa yang guru buat.
2. Murid dikehendaki mengambil nota ringkas terhadap cara-cara penghasilan ukiran.
3. Murid meneroka media yang digunakan untuk menghasilkan ukiran sabun.

Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU
MURID
Ekspresi Kreatif

Langkah 3
(25 minit)
1. Guru mengagihkan media yang telah disediakan kepada murid.
2. Guru membimbing murid dalam penghasilan lukisan corak mengikut kreativiti masing-masing.
1. Murid membuat lakaran pada sabun dengan bimbingan guru.
2. Murid memanipulasikan bahan secara kreatif.
3. Murid menghasilkan ukiran mengikut kreativiti masing-masing.

Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU
MURID
Apresiasi
Seni


(5 minit)
1. Guru memberi arahan kepada murid untuk mempamerkan dan menunjukan ukiran sabun yang dihasilkan pada tempat masing-masing.

2. Guru meminta beberapa sukarelawan untuk menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan ukiran sabun.
3. Guru memberi bimbingan sepanjang proses apresiasi seni.
1. Setiap murid mempamerkan dan menunjukkan ukiran sabun yang dihasilkan pada tempat masing-masing.
2. Murid menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.


Langkah / Masa
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU
MURID
Penutup

(5 minit)
1. Guru memuji dan memberi galakkan kepada semua murid.
2. Guru menyuruh murid untuk mengemas dan mengekalkan kebersihan kelas.
1. Murid menjalankan tugas mengikut arahan guru.








Sharing.