Logo rasmi SK Kampung Kebuaw, Dalat.
Apa yang berbeza dengan logo yang lama? Perkataan SIBU pada logo ditukar ke DALAT.
Moga gambar logo rasmi ini bermanfaat buat semua.
Logo rasmi SK Kampung Kebuaw, Dalat.
Apa yang berbeza dengan logo yang lama? Perkataan SIBU pada logo ditukar ke DALAT.
Moga gambar logo rasmi ini bermanfaat buat semua.
KERTAS
KONSEP
PERTANDINGAN
MEWARNA DAN MELUKIS POSTER SEMPENA MUSIM
PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
ANJURAN:
PENOLONG
KANAN KURIKULUM, SK KAMPUNG KEBUAW
PENGELOLA:
PENOLONG
KANAN KURIKULUM, SK KAMPUNG KEBUAW
1.0 RASIONAL
SK Kampung Kebuaw telah membuat perubahan
dalam pelaksanaan pertandingan-pertandingan mengikut kesesuaian semasa selaras
dengan panduan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian
Kesihatan Malaysia kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan karnival
ini diharap dapat memperkembangkan bakat murid secara holistik dengan
meningkatkan pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti pembangunan bakat
murid. Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan ini berfokuskan kemahiran
murid secara individu. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi
peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek
atau karya individu.
2.0 OBJEKTIF
AKTIVITI
2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta
penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid
sekolah;
2.2 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan
kemahiran pembelajaran teknologi
maklumat
2.3 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti
kurikulum.
3.0 PELAKSANAAN
AKTIVITI
Satu pertandingan mewarna poster untuk tahap
1 dan melukis poster tahap 2 akan dilaksanakan untuk peringkat sekolah bagi
Tahun 2021.
4.0 PERTANDINGAN
DITAWARKAN:
Berikut merupakan pertandingan-pertandingan
yang akan ditawarkan kepada murid-murid:
i. Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1
ii. Pertandingan Mewarna Poster Tahap 2
5.0 ASPEK
PENILAIAN
Bil |
Aspek Penilaian |
Markah |
A |
Kekemasan |
25 |
B |
Tona warna |
25 |
C |
Latar belakang |
20 |
D |
Kreativiti |
30 |
6.0 PEMENANG
6.1 Setiap Kategori
6.1.1 Johan : Hadiah dan Sijil Pencapaian
6.1.2 Naib
Johan : Hadiah dan Sijil Pencapaian
6.1.3 Ke-Tiga : Hadiah dan Sijil Pencapaian
7.0 GARIS
MASA
Bil |
Perkara |
Tarikh |
1 |
Hebahan kepada murid-murid |
05 April – 09 April |
2 |
Penghantaran karya |
14 April - 16 April |
3 |
Penilaian karya |
19 April – 30 April |
4 |
Penyampaian hadiah |
05 Mei 2021 |
8.0 PENUTUP
Pelaksanaan pertandingan ini akan memberi
ruang dan peluang kepada murid untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran
mereka. Penyertaan murid dalam pertandingan ini juga akan menjinakkan mereka
untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan.
Disediakan oleh, Disahkan
oleh,
(ABDUL HAFIZ BIN MOHAMAD) (MOHD
HAFIZ FADHLULLAH)
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER, SK
KAMPUNG KEBUAW.
SEMPENA PKPB,
SK KAMPUNG KEBUAW.
LAMPIRAN 1
BIL |
PERIHAL
BARANG |
KUANTITI |
ANGGARAN
HARGA |
JUMLAH
HARGA |
1 |
FILE (DOC HOLDER) 20599 TS8333 A4
ENVELOPE FOLDER |
6 |
RM 2.80 |
RM 16.80 |
2 |
PUNCH 18606 UNICORN 2 HOLE PAPER
PUNCH CP-30CX |
6 |
RM 7.20 |
RM 43.20 |
3 |
PEN 11917 STAEDTLER ART 4354 06-9
BLACK |
1 |
RM 1.80 |
RM 1.80 |
JUMLAH BESAR |
RM 61.80 |
PERUNTUKAN DIKENAKAN :
RM 61.90 YURAN KHAS SEKOLAH