Monday, March 28, 2016

Cabaran Baru | belajar & belajar |

Tanggal 03 Mac 2016, 
Jam lebih kurang 1430pm - 1700pm, 
dalam meeting staff di Bilik Pemulihan,
tugas baru diberi.
Duduk terdiam, 
bukan tanda setuju,
tapi terpinga tanpa hala tuju,
tunduk menerima tugasan baru.

Pengalaman baru 1 tahun 1 bulan lebih dalam bidang ini,

Makan gaji pun x terurus lagi, 
Ibarat padi baru nk berbiji, 
Masaknya belum lagi, 
Kapannya pula nak jadi beras...
Manis rasa hempedu,
Pahit rasa gula,
Cuba adaptasi,
Cabaran baru,
Belajar & belajar...



Wednesday, March 2, 2016

Lapor Diri @ SK Kampung Kebuaw



02/Feb. Alhamdulillah, rezekiku di Bumi Kenyalang, ujarku setahun yg lepas. "Tahniah, anda ditempatkan di Kpg Kebuaw''. Internet dicapai, mencari destinasi. Coretan blog menjadi taruhan, buat panduan mencari haluan.
Baju kelabu bertali leher hitam, bertanda nama, berdiri aku di Jeti Sg. Kut. 3 beg ku papah, menunggu ketibaan GB, utk membawaku ke sekolah. Pertemuan pertama dgn En. Ahmad, pemandu bot perahu, duduknya aku di dalam bot bertegur sapa dgn GB. Perjalanan 20 min dri tebingan Sg. Kut ke Kpg Kebuaw membawa aku ke permulaan perjalanan yg baru dlm garisan masa. 
Kubersyukur ya Allah, keberadaanku disini, mengajar utk lebih mengenaliMu, belajar mensyukuri nikmatMu.
Selagi kudrat dinikmati,
Selagi itu hidup ditempuhi, 
Selagi dijulang ibu pertiwi,
InsyaAllah terus berbakti.

Tuesday, September 22, 2015

Program Motivasi UPSR 2015

Saat UPSR semakin hampir, semakin banyak persiapan yang diadakan untuk mempersiapkan calon-calon UPSR pada peringkat sekolah masing. Antara persiapan yang dilakukan ialah Program Motivasi Calon UPSR.

Pada tarikh 14-16 Ogos 2015, Sebuah Program Motivasi Calon UPSR telah diadakan yang bertempat di SK. Kampung Bungan, sebuah sekolah ditepi sungai yang terletak dalam pedalaman daerah Dalat, Sarawak. Sehubungan dengan program tersebut, sekolah-sekolah yang terletak dalam zon Batang Igan, Dalat telah dijemput untuk menyertainya. Antara sekolah-sekolah yang terletak dalam zon Batang Igan, Dalat ialah:

SK. Sungai Illas
SK. Kampung Kebuaw
SK. St. Kevin
SK. Sungai Pinang
SK. Kampung Bungan
SK. Rasau.

Sekolah-sekolah yang tersenarai dalam zon Batang Igan semuanya terletak di tepi sungai. Dalam erti kata lain, sekolah-sekolah ini hanya dihubungkan dengan sungai, dimana perahu/bot merupakan kenderaan utama.

          SK. Kampung Bungan merupakan penganjur utama untuk program motivasi UPSR untuk tahun ini. Secara keseluruhan, program yang dirancang telah berlangsung dengan jayanya. Aturcara yang diatur telah Berjaya dilaksanakan dengan baik. Bermula dari hari pertama, pendaftaran para peserta, sehinggalah ke majlis penutupan pada hari ketiga. Selain daripada itu, pengisian setiap slot sangat teratur dan berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada kumpulan penganjur. Diharap program seperti ini diadakan pada setiap tahun.

Jeti SK. Kpg Kebuaw; ready to take off

To SK. Kpg Bungan we are


Sesi pembahagian kumpulan

Sesi pemilihan Penghulu & Penghuluwati

Ice-breaking & team building

Setiap kumpulan perlu menghasilkan sorakan & nama kumpulan

Riadah hari pertama; membawa bola menggunakan dahi

Riadah hari pertama; membawa bola menggunakan bahu

Riadah hari pertama; 'passing' gelang getah menggunakan straw

Slot motivasi pada malam pertama; setiap kumpulan menyenaraikan apa yang perlu dilakukan sebelum/semasa UPSR

Senamrobik pagi; hari kedua

Pengisian slot motivasi hari kedua; pelajar perlu meloloskan ikatan tali secara berpasangan 

Riadah hari kedua; pelajar perlu bekerjasama untuk mengangkat, memindahkan tin minuman ke lokasi yang lain

Riadah hari kedua; "Human Bridge"

Aktiviti malam kedua; barbeque mengikut kumpulan

Pengisian malam kedua: malam penghayatan

Hari ketiga; selesai majlis penutupan, 7/8 calon UPSR 2015, SK. Kpg Kebuaw

Hari ketiga; selesai sudah program, mari kita selfie

Hari ketiga; sesi bersalaman antara calon2 UPSR bersama para guru

Group 1 (Hydrous); fasi in-charge (Miss Elrine yg chomel & me), dpt tmpt ke-3

Gmbr kenangan (SK. Kampung Bungan, Dalat)

Jom balik rumah